Wednesday, January 21, 2009

Tuesday, January 20, 2009

Salam perkenalan......

Roszila Ramli nama diberi. Saya lebih dikenali dengan panggilan nama Ros atau Ila. Saya berasal dari Pt. Belemam,Tongkang Pechah, Batu Pahat. Saya sudah pun berusia 23 tahun. Kalau nak tau tarikh lahir saya, satu dunia sambut pada tiap-tiap tahun. Bangga juga saya...hehe...
Saya hanya mempunyai seorang abang yang sudah berkahwin. Anak bongsu dan boleh dikatakan manja juga saya ni. Saya hanya mempunyai ibu kerana bapa saya telah meninggal dunia ketika baru sebulan saya menjejakkan kaki di sini iaitu pada 17hb. Ogos 2006.
Saya bersekolah di Sek.Keb.Bukit Rahmat dari darjah 1 hingga 6. Kemudian meneruskan persekolahan dari Ting. 1 hingga 6 di Sek.Men. Keb. Tongkang Pechah. Selepas menamatkan tingkatan 6, saya telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengambil bidang Pend. Bimbingan dan Kaunseling. Kini, saya telah berada di sem 6 tahun ketiga pengajian.